Berikut adalah hasil komen daripada sahabat kita yang mungkin dari Institusi Inabah yang sangat bermaklumat bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

Komen ini terisi dalam posting yang bertajuk “tarikat sebagai rawatan ketagihan dadah” , saya majukan agar mudah untuk dilayari bagi mereka yang berhajat.

Moga memberi manfaat kepada semua, insyaAllah.

E-mel : faez9255@gmail.com

Komen:
Assalamu’alaikum wbt.

Ilaahi anta maqsuudhi, wa ridhookamatluubhi, aqtinii mahabbataka wa maqrifataka.. ( Ya Allah, hanya Engkau yang ku maksudkan, dan keredhoanmulah yang ku cari, berikanlah kepadaku supaya aku mampu untuk mencintai-Mu dan maqrifah kepada-Mu)..

tuan puan yang dimuliakan Allah swt.

Saya terpanggil untuk memberi barang sedikit maklumat mengenai Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia, Jabal Suf, Kg. Paya, mukim padang temak, 06300 kuala nerang kedah. no telefon 04-7823996 (pej 10am-5pm),

Pengetua/ pendiri Pondok ini ialah Al- Mukarrom Pak Guru Hj. Mohd Zuki As- Syuja’ bin Shafie (ADK.,BKM) dan Ketua Tadbir ialah Pn. Intan Sakinah.

Maksud inabah itu sendiri yang membawa erti ‘kembali’ iaitu faktor tunjang kepada semua permasalahan kita di dunia ini adalah kerana kita ” tidak kembali kepada Allah”.. yg mana menjadikan diri kita kosong, hati kita gelap dan keras tak menerima hidayah Allah.. ” uniibuu illallah”.. Kembali Kepada Allah..

Tiada kekerasan atau penderaan fizikal mahupun mental dikenakan kepada pelatih (anak bina), semuanya dilayan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. membuatkan mereka yg pernah masuk ke pusat serenti/penjara/dsb merasakan diri mereka lebih bernilai disini.

Kaedah rawatan Islam sepenuhnya disini tanpa Metadhon.. Bermula dengan mandi taubat pada jam 3.30 pagi, disambung dengan qiyamullail,zikir,khataman doa-doa,solat- solat sunat…. inilah yang pernah baginda nabi Muhammad SAW perturunkan buat semua umat-umatnya yang mana kita sendiri mungkin terlupa atau terlalu sibuk hingga tiada masa untuk melaksanakannya..

Anda semua patut meluangkan masa barang 2-3 hari datang dan melalui sendiri riadhah ibadah seharian disini dan rasakan sendiri nikmat apabila kita semua KEMBALI KEPADA ALLAH….uniiiiibuu illallah.. Masyaa Allah.. itulah pengalaman yang tak dapat diceritakan..kerana ianya hanya dapat dirasakan bagi sesiapa yang benar-benar ikhlas melaksanakannya.

Rata- rata penghuni di Inabah (1) malaysia ini berumur dari 18 hingga 60 tahun.. yang bujang,yg berkahwin,yang dah beranak cucu.. semua dikumpulkan disini dan semuanya melalui rutin hidup yang sama disini. tempoh rawatan selama 6 bulan untuk permulaan sebenarnya tidak mencukupi untuk dijadikan benteng ampuh untuk meneruskan hidup diluar yang penuh dengan ujian jika kita tidak benar- benar bersedia dan beriltizam untuk berubah..

Semuanya bermula dari “HATI” kita..

Sabda Baginda nabi Muhammad Saw.. ” Didalam jasad anak Adam itu terdapat segumpal darah, jika baik darah itu, maka baiklah seluruhnya dan jika buruk darah itu maka buruklah seluruhnya,,ia adalah HATI”..

inabah adalah sebuah ‘bengkel’ pembersihan hati yang rosak..

rata-rata yang berjaya, kerana mereka sememangnya mempunyai tekad yang tinggi untuk berubah menjadi lebih baik.. jika yang menolak..maka pelbagai masalah akan terjadi dalam hidup mereka.. inilah akibatnya jika memilih untuk jauh dari Allah sedangkan Inabah itu adalah tempat untuk membawa kita dekat kepada Allah, mengenali Allah, mencintai Allah..

InsyaAllah.. ramai yang sudah nampak akan hasilnya, JAKIM sendiri telah turun padang ke inabah untuk melihat sendiri kejayaan disini. Pihak IPTA/IPTS telah banyak membuat lawatan sambil belajar di Inabah dan banyak program-program pembangunan insan telah dianjurkan di Inabah bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah,remaja,mahasiswa, golongan pekerja, hatta ustaz/imam sekalipun turut serta dalam program disini.. Kesannya telah ramai yang kembali.. kembali menemui jalan yang nyata..

“PEJAMKAN MATA, DIAMKAN BIBIR YANG BERKATA-KATA, RENUNGKAN SEDALAM-DALAMNYA, DIMANA KITA SEBENARNYA, APA YANG INGIN KITA CARI DALAM HIDUP INI,DAN APAKAH KESUDAHANNYA NANTI…. MAKA TANYALAH SECEBIS IMAN DIDALAM HATI ITU.. MUDAH- MUDAHAN ALLAH MEMBERI CAHAYA PETUNJUK KEPADA KITA SEMUA.. INSYAALLAH..”