Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata.

Kelopak mata kanan bergerak – beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak – melihat perempuan

Kelopak mata kiri bergerak dari atas – ada org akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak – hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak – org yg mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.