Saya percaya ramai dikalangan umat Islam di Malaysia pernah dengar atau mereka terlibat dalam pelaburan ASN dan ASB ini.

Bukan niat saya untuk menambah kekeliruan umat Islam masakini lebih-lebih lagi untuk melaga-lagakan pendapat fatwa yang berkaitan. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi bersama pembaca blog ini dengan apa yang saya kutip dari beberapa laman web dan blog. Mudah-mudahan kita bertindak dengan apa yang kita yakini berdasarkan maklumat bukan sekadar ikut-ikutan. Kerana setiap tindak-tanduk kita akan dipertangungjawabkan oleh Allah S.W.T. serta memberi kesan kepada kita, keluarga dan keturunan.

Saya percaya umat Islam di Malaysia terbahagi kepada beberapa golongan mengenai hukum ASN dan ASB ini.

Pertama : Golongan umat Islam yang tidak mengambil kisah langsung tentang halal atau haram sumber yang diperolehinya.

Kedua : Golongan yang meringan-ringankan hukum. Mereka akan terus berpegang sebagai halal dengan mana-mana sumber yang mengatakan ianya halal.

Ketiga : Golongan yang mengambil berat tentang hukum dan sumber hukum. Mereka ini akan meneliti, mengkaji dan menilai dari semua sudut. Mereka inilah yang paling sesuai untuk membaca tulisan ini.

Kalau diamati, hanya beberapa buah bank sahaja di Malaysia yang menjalankan ASN dan ASB ini, antara bank yang tidak menjalankannya ialah Bank Rakyat, Bank Muamalat, Bank Islam, RHB Islamic Bank, Kuwait Finance House, Asian Finance Bank, Rajhi Bank dan lain-lain lagi.

Persoalannya, apakah ASN dan ASB ini berstatus halal??? Saya bukan mufti untuk menjawab persoalan ini, tetapi sahabat-sahabat boleh lihat apa pandangan Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui alamat www.sc.com.my

Cuba sahabat perhatikan, Suruhanjaya Sekuriti tidak mengiktiraf ASN dan ASB sebagai pelaburan yang berteraskan Syariat Islam.

Untuk lebih terperinci anda juga boleh layari zaharuddin

Tepuk dada, tanya selera Iman yang tersisa di dada sahabat-sahabat. Apakah ingin teruskan atau sebaliknya. Kerana dunia sekarang maklumat yang pantas dan meluas, tiada sebab untuk kita bertaqlid buta sedang kita berupaya untuk mencari maklumat, menilai dan bertindak berdasarkan maklumat yang sahih dan diyakini.