Selamat Tahun Baru kepada semua, semoga murah rezeki, panjang umur dsb… itu ungkapan yang biasa kita dengar dan biasa diucapkan untuk kita atau kita yang ucapkan. Ucapan orang-orang arab “kullu ‘aam wa antum bikhair” (maksud lebih kurang – sepanjang tahun kamu dalam kebaikan), manakala ucapan English “heppy newyear” semua ucapan ini mempunyai maksud dan tujuan yang sama untuk mendoakan kebaikan yang diharapkan oleh semua makhluq. Kesempatan ini juga myPustaka mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog ini.

Tahukah kita! Bagi ilmuan Islam setiap yang berlaku ada sebab musabbabnya, mereka juga mengkaji, menyelidik, dan membuat kesimpulan dalam setiap perkara yang berlaku. Kerana ianya berlaku bukan atas perkara kebetulan atau terjadinya dengan sendiri. Di sini saya ingin berkongsi hasil tulisan ilmuan Islam berkenaan tahun baru.

Menurut Syeikh Muhammad Marzuqi dalam Syarah Natiijatul Miiqaat beliau menerangkan, apabila awal tahun iaitu tanggal 1 Muharram jatuh pada hari tertentu ia mempunyai tanda dan alamat tertentu sebagaimana berikut:

Ahad : Tanda kezaliman raja/ pemerintah dan pembesar serta sedikit hujan.

Isnin : Menunjukkan kebaikan raja/ pemerintah serta hulubalang dan hujan banyak.

Selasa : Kematian pembesar, pertumpahan darah, barangan naik harga dan sedikit hujan.

Rabu : Sederhana dalam semua perkara bagi rakyat dan hujan

Khamis : Keadilan raja/ pemerintah dan hulubalang, kebaikan pada hal ehwal Qadi dan Fuqaha’ serta banyak rezqi, kebajikan dan hujan.

Jumaat : Kezaliman raja/ pemerintah, hulubalang dan pembesar, manusia bercakaran dan sedikit hujan.

Sabtu : Kesusahan manusia dalam pekerjaan dan kehidupannya, tunduk kepada orang Fasiq serta tahun ini adalah tahun ketakutan.

Wallahu ’a’lam. Ianya bukanlah sesuatu yang mu’tamad untuk kita guna pakai dalam keyakinan kita. Tetapi hanya hasil kajian yang berbentuk hepotesis, atau dalam ibarat lain : kita beranggapan akan hujan bila langit berarak awan mendung, kerana kita percaya pada amatan kita kebiasaan mendung berarak hujan akan turun. Maksudnya, kita membuat anggapan/ kesimpulan pada amatan kita melalui tanda dan alamat.

”Sesunggah pada kejadian langit dan bumi, silih berganti siang dan malam adalah benar-benar mengandungi petanda bagi orang-orang yang memerhati”