Oleh Salman al Munziri

Cita-cita gerakan Zionis dan negara haram Israel untuk menubuhkan negara Yahudi (Israel Raya) dari Sg Nil di Mesir hingga ke Sg Furat di Iraq semakin hampir menjadi kenyataan. Mereka kini telah dan sedang membeli tanah-tanah di Iraq untuk tujuan tersebut.

Pasaran hartanah di Iraq kelihatan semakin rancak dengan harga yang semakin meningkat sejak ia dijajah oleh Amerika Syarikat April lalu. Ini adalah disebabkan tiga faktor utama:

1. Kemasukan warga asing.

2. Perompak-perompak bank cuba untuk membersihkan wang mereka menerusi cara jual-beli hartanah.

3. Tawaran harga tinggi daripada pembeli-pembeli Yahudi.

Dengan mendapat laluan mudah daripada pihak kolonial (Amerika Syarikat) kaum Yahudi sanggup menawarkan harga melebihi harga pasaran semata-mata untuk memiliki hartanah di Iraq. Sebagai contoh, sebuah rumah di jalan As Salikh, pinggir Baghdad dibeli dengan harga 600 juta dinar (USD 400,000).

Di daerah Al Kifl yang dianggap suci oleh penganut Yahudi, sebuah rumah dibeli dengan harga 50 juta dinar sedangkan tuan rumah hanya menawarkan harga 12 juta sahaja. Nama ‘Al Kifl’ diambil sempena nama Nabi Zulkifli yang dikatakan telah dimaqamkan di situ.

Ia adalah bandar yang paling suci bagi kaum Yahudi di Iraq dan merupakan bandar bagi sempadan sebelah Timur negara Yahudi yang mereka impikan.

USAHA BERTERUSAN

Kegiatan membeli tanah rakyat Iraq ini bukan perkara baru. Bahkan ia telah diusahakan oleh Yahudi Israel sejak tahun 1992, iaitu ketika Iraq sedang menerima tekanan ekonomi yang hebat daripada Amerika dan PBB.

Biara (rumah ibadat) Yahudi di Baghdad (Gambar: Al Jazeerah)

Walaupun Iraq dinafikan hak perdagangan dengan mana-mana negara, tetapi ada usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk wang daripada luar negara dengan cara menjual hartanah. Ini dilakukan oleh warga Iraq yang tinggal di Eropah, terutamanya di Italy dan Belanda.

Kegiatan ini terdedah apabila pada tahun 1995, seorang wanita Iraq ditahan oleh pihak berkuasa selepas dia membeli sebuah sekolah agama di Al Kazimiah dengan harga 1.3 juta dolar. Setelah disoal-siasat, wanita tersebut mengaku diupah oleh seorang Yahudi untuk membeli sekolah agama berkenaan.

Kini kegiatan membeli tanah rakyat Iraq dilakukan tanpa perlu pengantara lagi. Dengan laluan mudah pihak penjajah, mereka bebas membeli tanah sama ada menerusi broker ataupun membelinya secara langsung.

KAWASAN TUMPUAN

Tiga kawasan menjadi tumpuan pembeli-pembeli berkenaan iaitu kawasan ‘agama’, kawasan industri dan bangunan-bangunan tinggi.

Kawasan yang dikira sebagai kawasan ‘agama’ ialah seperti kawasan di hadapan maqam Syeikh Abdul Qader Al Jailani dan kawasan sekitar maqam Imam Musa Al Kazim.

Sementara kawasan industri yang menjadi tumpuan mereka ialah Al Mansur, Al Harithiah dan Al A’zamiah. Mereka turut berusaha untuk menguasai Suq Danial, iaitu sebuah pusat jualan kain terpenting di Baghdad yang menjalankan urusniaga antara setengah ke satu juta dolar sehari. Begitu juga dengan pasar As Syurjah, yang dianggap bersejarah bagi orang Yahudi.

Sehingga kini 4 buah appt dan 2 buah hotel dikenal pasti sudah dibeli oleh orang Yahudi di jalan Abu Nawwas yang masyhur, di pinggir sungai Dajlah.

BERMOTIF POLITIK

Kegiatan pembelian hartanah ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi ianya adalah tindakan bermotif politik dan berniat jahat untuk menjajah bumi Iraq seperti mana yang mereka lakukan ke atas Palestin.

Ini jelas terbukti apabila orang yang dipertanggung-jawabkan oleh rejim Israel untuk menguruskan penghijrahan beramai-ramai kaum Yahudi ke negara-negara Arab, Jif Kayi mengadakan lawatan ke Baghdad Ahad lalu.

Dalam lawatannya, Kayi mengadakan pertemuan ‘untuk memastikan keselamatan’ warga Iraq beragama Yahudi. Kayi turut membawa kitab Mazamir (Zabur yang telah diubah) untuk diberikan kepada Yahudi Iraq. Terdapat 34 orang Yahudi yang menjadi rakyat Iraq.

Sejak tahun 1978, tidak berlaku sebarang perkahwinan di antara mereka menyebabkan bilangan mereka tidak bertambah. Yang ada kini hanyalah orang-orang tua yang berusia sekitar 80an.

Sejak ditubuhkan negara haram Israel di Palestin, lebih 129,000 Yahudi Iraq telah berpindah ke Palestin.

Kuasa bangsa Yahudi di Iraq yang telah dihancurkan oleh kerajaan Babylon Pertama cuba dikembalikan setelah sekutu Israel, Amerika Syarikat berjaya menjajah negara berkenaan.

Sejumlah bahan sejarah seberat 3 tan yang berkaitan dengan kaum Yahudi sejak zaman Babylon telah dicuri dari Muzium Baghdad pada hari kedua kejatuhan Saddam Husein. Beberapa helaian kulit yang tertulis padanya nas daripada kitab Taurat dan Talmud juga turut dicuri di Muzium Mosul dan Najaf.

Mungkinkah kecurian ini dirancang sendiri oleh tentera Amerika Syarikat untuk diberikan kepada Yahudi Israel menjelang penubuhan negara haram Yahudi dari Nil ke Furat dan dari Syria ke Madinah?

Ketika melawat ke Kem Berlif Mac lalu (sebuah kem tentera Yahudi/Israel di Semenanjung Sinai yang telahpun dibebaskan oleh tentera Mesir pada 6 Oktober 1973), penulis sempat melihat sebuah syair bahasa Ibrani (Hebrew) yang ditinggalkan oleh tentera Israel ketika menjajah Semenanjung sinai. Antara lain, syair itu menyebut:

“Sejak sekian lama ia masih di dalam hati… Roh Yahudi sentiasa bekicauan… Sejak sekian lama cita-cita kami tidak luntur, untuk kembali menguasai bumi nenek moyang kami, di bandar-bandar yang pernah diduduki oleh (nabi) Daud.”

Syair berkenaan masih dikekalkan kedudukannya di Kem Berlis dan ditulis terjemahannya oleh pihak berkuasa Mesir untuk mengingatkan rakyatnya supaya berhati-hati terhadap niat jahat kaum Yahudi.