• Hj. Mat Hassan B. Panglima Munas.
  • Tempat Lahir : Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
  • Syahid : 24 Mei 1915 (berusia 65 tahun).
  • Gelaran : Tok Janggut

  • Cuba kita renung betul-betul muka jenazah as-Syahid Tok Janggut pada gambar di atas, tanya pada diri, apa yang aku rasa bila melihat wajah tersebut???!!!
  • Kini kita sudah faham perjuangan beliau, bukan semata-mata kerana isu cukai, tetapi atas isu yang lebih besar iaitu kedaulatan Islam yang mempunyai hubungkait dengan pemerintahan kerajaan Islam Turki pada masa itu, ini boleh di rujuk pada catatan sejarah yang ditulis orang-orang arab seperti dalam buku sejarah karangan Mahmud Syakir dan lain-lainnya.
  • Kalau kita amat-amati kronologi, susur galur sejarah beliau. Pasti kita faham apa yang berlaku pada hari ini. Kerana sejarah ini sentiasa berulang. Akan kita kenal siapa yang mengulangi watak sejarah “Tok Janggut” dan siapa yang menyerupai watak pihak British.
  • Percayalah!! perjuangan Tok Janggut bukan di atas dasar keduniaan semata, bahkan ianya bertunjangkan Akidah Islamiah dan Kedaulatan Islam. Dari itu, asas perjuangan ini patut kita menggelarkan beliau “ASSYAHID”.