Mazhab As-Syafi`iyyah dan Al-Hanabilah menyatakan bahwa shalawat kepada nabi dalam tasyahhud akhir hukumnya wajib. Sedangkan shalawat kepada keluarga beliau SAW hukumnya sunnah menurut As-Syafi`iyah dan hukumnya wajib menurut Al-Hanabilah. Sedangkan menurut Al-Hanafiyah dan Al-Malikiyah, membaca shalawat kepada nabi pada tasyahhud akhir hukumnya sunnah. Demikian juga dengan shalawat kepada keluarga beliau.


(Boleh rujuk misalnya kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 1 halama 173, atau ke kitab Al-Mughni jilid 1 halaman 541. Kitab Ad-Dur Al-Mukhtar jilid 1 halaman 478 dan kitab Asy-Syarhu Ash-Shaghir jilid 1 halaman 319)


Adapun lafaz shalawat kepada nabi dalam tasyahud akhir seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW adalah:


اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد

Allahumma Shalli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad, kamaa shallaita `ala Ibrahim wa `ala aali Ibrahim. Wa baarik `ala `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad, kamaa barakta `ala Ibrahim wa `ala aali Ibrahim. Innaka hamidun majid (HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad).


Umumnya tidak membolehkan penambahan lafadz [sayyidina], khususnya di dalam shalat, sebab mereka berpedoman bahwa lafadz bacaan shalat itu harus sesuai dengan petunjuk hadits-hadits nabawi. Bila ada kata [sayyidina] di dalam hadits, harus diikuti. Namun bila tidak ada kata tersebut, tidak boleh ditambahi sendiri.

Antara hadis yang dijadikan dalil dalam tahiyat ialah
Dari Ka’ab bin Ujrah berkata : “Maukah aku hadiahkan kepadamu sesuatu ? Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang kepada kami, maka kami berkata : ‘Ya Rasulullah kami sudah tahu bagaimana cara mengucapkan salam kepadamu, lantas bagaimana kami harus bershalawat kepadamu? Beliau berkata : ucapkanlah


“ALLAAHUMMA SHALLI ‘ALA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI MUHAMMAD KAMAA SHALLAITA ‘ALAA AALI IBRAHIIM, INNAKA HAMIIDUM MAJIID. ALLAAHUMMA BAARIK ‘ALAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI MUHAMMAD KAMAA BARAKTA ‘ALAA AALI IBRAHIIM, INNAKA HAMIIDUM MAJIID.”

artinya: “Ya Allah berikanlah Shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan shalawat kepada keluarga Ibarahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Ya Allah berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.”


Dalam kesemua hadith yang menunjukkan dalil tentang cara berselawat di dalam tahiyat tiada satupun mempunyai tambahan sayyidina MALAH ada pula hadith yang mana Rasulullah s.a.w melarang para sahabat mengangkatnya lebih dari kedudukannya yang sedia ada seperti


لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطرتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ اَنَا عَبْدٌ فَقُوْلُوْ عَبْدَ اللهِ وَرَسُوْلَهُ



“Janganlah kamu menyanjungku sehingga melampaui batas sebagaimana pemujaan Nasrani terhadap Ibnu Maryam, sesungguhnya aku ini seorang hamba, maka katakanlah oleh kamu hamba Allah dan RasulNya.”
(sahih riwayat Ahmad dan Bukhari).


Boleh juga rujuk hadith yang jelas RAsulullah s.a.w melarang pemaggilan sayydina dalam hadith sahih yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih juga oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud hadith no.4806.Berkata Ibn Muflih dalam al-Adab al-Syari’yyah al-Minah al-Mar’iyyah,jilid 3,m.s. 455 bahawa sanad hadith ini baik (jayyid).


Hadith lain yang melarang pemanggilan sayyidina juga boleh dirujuk dalam hadith sahih yang dikeluarkan Ahmad di dalam Musnadnya,hadith no.12551(jilid 3,ms.153).


Anas bin Malik r.a berkata seorang lelaki telah datang kepada RAsulullah s.a.w seraya berkata:”Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina! (Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuan kami) ,wahai yang terbaik di kalanagn kami dan anak kepad ayang terbaik di kalangan kami.!”
Rasulullah menjawab:”Wahai manusia,hendaklah kalian bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau.Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah,hamba Allah dan RasulNya dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya
aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku


Bagi mereka yang beranggapan penambahan sayyidina ni hanyalah sebagai tanda hormat kita kepada Rasulullah s.a.w maka kenapakah agaknya RAsulullah s.a.w yang mengajar para sahabat tentang cara berselawat tidak pernah menambah perkataan itu dalam pengajarannya?
Mustahil masih ada perkara berkaitan dengan kesempurnaan ibadah yang terluput dari ajaran Nabi s.a.w?


Malah Ibn Hajar Al-Asqolani seorang ulama’ Syafi’iyyah juga menyatakan beliau tidak mempertemukan sebarang dalil dalam penambahan sayyidina dalam selawat malah Imam Syafie rahimahullah juga tidak menggunakan perkataan sayyidina dalm muqaddimah kitabnya.
(Rujuk Sifat Solat Nabi ms 216)


Dalam kitab Al-Umm kitab induk mazhab Syafie juga Imam As-Syafie rahimahullah sendiri mereiwayatkan hadith2 bcaan selawat yang tidak terdapat perkataan sayyidina di dalamnya.


Sekarang ini,orang bukan sahaja tidak mahu mencontohi selawat yang di ajar Rasulullah s.a.w malah ada juga yang mereka-reka selawat ciptaan mereka sendiri sehingga maknanya bercanggah dengan Quran dan Sunnah. Wallahua’lam.

قال النبي صلى الله عليه وسلم : ” صلوا كما رأيتموني أصلي


“Solatlah kamu sekalian seperti kalian melihat aku solat”

Antara kata-kata Imam Syafie rahimahullah yang ana jadikan pegangan dalam belajar dan mengkaji ialah beliau berkata:-


“Apabila Hadith itu Sahih,maka dia adalah mazhabku”
[An-Nawawi dalam Al-Majmu’,Asy-Sya’rani,10/57,dan dibangsakan kepada dan Hakim dan Baihaqi,Al-Fulani,p. 107]


“Setiap apa yang aku katakan,sedangkan Nabi saw. Terdapat hadith sahih yang bertentangan dengan perkataaanku,maka hadith nabi itu adalah lebih utama.Oleh kerana itu,janganlah kamu mengikuti aku.”

[Ibn Asakir 15/9/2]