Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata.

Kelopak mata kanan bergerak – beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak – melihat perempuan

Kelopak mata kiri bergerak dari atas – ada org akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak – hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak – org yg mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

INSOMIA – Merupakan kesakitan bagi mereka yang tidak dapat menghilangkan perasaan takutkan      suasana malam,”bayangan”dan tidak yakin pada dunia.

MIGRAIN – Orang yang mengidap migrain berusaha menyelesaikan masalah dalam kepala yang perlu diselesaikan menerusi gerak hati. Migrain menunukkan serangan atau kreativiti yang tertahan.

SELESEMA – Kita mendapat selesema apabila terlalu banyak perkara yang berlaku secara serentak. Akibatnya fikiran bercelaru, keliru dan perlu “berihat”.

KAKI MAKAN AIR – Kaki mewakili kemampuan kita untuk meneruskan kehidupan. Kaki makan air     ( penyakit yang tidak dapat diterima masyarakat) mecerminkan kekecewaan kerana diri tidak diterima, dan menghapi kesukaran untuk melakukan perkara- perkara baru.

KEMALANGAN – Ini berlaku apabila anda tidak boleh meluahkan perasaan. Ia menarik perhatian kepada apa yang anda ingin katakan. Bagaimana perasaan anda sebelum ai berlaku?

LEHER KAKU – Leher mewakili kemampuan kita untuk menjadi fleksibel. Leher kaku menunjukkan sikap yang sukar dilentur dan enggan melihat sesuatu dari sudut berbeza.

EKZEMA – Kulit menjadi pemisah antara kita dengan dunia. Ekzema merupakan luahan kemarahan dan “ledakan” mental.Ia juga mencerminkan keinginan untuk mengatasi segala halangan dan kehidupan.

SAKIT BELAKANG – Bahagian belakang mewakili sokongan dalam kehidupan.  Sakit di bahagian belakang di sebelah bawah  merupakan anda tiada sokongan bagi keewangan dan anda khuatir menjadi miskin.

SEBELIT – Usus mewakili pembuangan sisa. Sebelit bermakna kita sedang “menyimpan sesuatu” enggan melepaskan  pengalaman lalu.

Sumber: Here’s Health

(Oktber 1996)

SEGALA YANG TERJADI ADALAH DALAM KETENTUAN ALLAH TA’ALA

ما شاء الله كان وان لم يشاء لم  يكن

toner mata

Ainun Therapy (Toner Mata) Ubat Mata yang dihasilkan dari Formula Mutiara, Herba dan Karangan Laut. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan halal JAKIM.

Anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan manfaat yang dihajati dengan pelbagai produk yang sama. Toner Mata ini membuktikan hanya dengan satu produk InsyaAllah merangkumi hajat anda. Satu produk pelbagai guna dengan harga sangat murah berbanding jenama produk lain yang mengasingkan penggunaan sedangkan bahan produk yang sama.

Dengan izin dan kehendak Allah anda pasti berpuas hati dengan hasil produk ini yang dikeluarkan oleh orang Islam 100%.

Antara kegunaannya:

*Menghilangkan Selaput Mata

*Mencerahkan @ Menghilangkan Kerabunan

*Merawat Masalah Mata Berair @ Kering

*Menghilangkan Keletihan Mata

*Mencegah Penyakit Mata

*Merawat Sakit Mata

*Membuang Habuk

*Menghilangkan Senak Mata @ Silau

*Masalah Mata Gatal/ Resdung Mata

* Merawat Glaucoma (Tekanan Tinggi Mata)

*Masalah Mata Merah

* Menghilangkan Hidung Gatal

*Merawat Ulser Mulut

*Masalah Telinga

– Gatal

– Bernanah

Harga Tawaran.

1. Botol 24ml – WM RM40 / EM43

2. Botol 11ml – WM RM21 / EM RM 23

( harga tawaran tidak termasuk kos penghantaran RM2 sahaja seluruh Semenanjung Malaysia )

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi :


Kamarul

Tel : 013 6676885 / 012 6424833

kamarulazmi@ymail.com

Air Molek, Melaka.

Akaun MBB (maybank) 164267409748 KAMARULAZMI B MUHAMAD

Sila sms nama& alamat, masa &tarikh, jumlah untuk buat pengesahan bayaran. Terima Kasih

(Perhatian : Ramai yang menganggap ianya seperti jualan melalui internet yang beresiko penipuan, saya menjamin bahawa tidak ada penipuan dan setiap barangan yang dihantar akan diberitahu kepada pemesan.)

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada
di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan
merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang
boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini
diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan
mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan
anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya
dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh
diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar
lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan
untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan
sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak
mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari
masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda
melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya
menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru
terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan
bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke
tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di
otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya
tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju
yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan
berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,
seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah
jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan
setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian
cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.
Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.

Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.
Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital
secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa
pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini
berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun
dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang
doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu
saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah
berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi
”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-
Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu,
penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-
Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan
angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi
dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,
(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan
dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk
mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua
telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya
kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh
panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas
di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam
perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar
adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan
umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika
semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya
segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan
izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan
kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak
tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK
PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN
TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net

Perhatian :

Bagi yang pertama kali mendengar ayat ruqyah, anda tidak digakkan mendengar ayat-ayat ruqyah secara sendirian. Dengarlah bersama orang lain, sekiranya timbul sebarang kemungkinan hasil tindak balas ayat ini terhadap gangguan pada diri anda, ianya mudah untuk mintak pertolongan.

Anda juga diingatkan jangan memasang dalam kenderaan, melainkan ada seseorang  bersama anda atau biasa mendengar. Ianya untuk keselamatan.

Anda boleh download secara percuma ayat-ayat ruqyah dengan klik pada link dibawah:

Bacaan Khalid Qahtani

Bacaan Saad Ghamidi

Bacaan Nabil al Wadi

Bacaan Misyari Rashid al Fasi

Untuk download, Sila klik kanan, pilih “save target” atau “save link as”.
Untuk mendengar melalui streaming, klik pautan dibawah :

Bacaan Yahya Hawwa

Bacaan Ahmad al Ajmi

Bacaan Muhammad Jibril

Anda juga boleh merawat diri anda dari gangguan Jin dan Sihir dengan cara ulang dengar sekerap mungkin ayat-ayat ruqyah di atas atau di bawah:

Rawat diri anda sendiri dari Gangguan Jin

Rawat diri anda sendiri dari Sihir

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. ”
( An-Nisa’: 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut… Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.” (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering ” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

Kundalini Reiki adalah kaedah pengaktifan dan penyelarasan tenaga alam melalui attunement (penyelarasan) yang dikendalikan oleh master. Ianya satu kaedah yang berbentuk alami tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana agama, kepercayaan, budaya atau aliran-aliran sesuatu kumpulan. Ianya juga tidak menggunakan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan.
- ( Penulis lebih selesa dengan istilah “alami” bagi menggantikan istilah yang telah sedia digunapakai iaitu “ilahi” untuk mengelakkan kekeliruan pemahaman pada ungkapan. Alami berasal pada kata alam dengan imbuhan “i” membawa maksud sesuatu yang bersifat alam. Contoh penggunaan Islam – Islami,bersifat Islam, dan contoh-contoh lain. )

Kundalini bermaksud tunjang manakala Reiki terdiri dari dua suku kata yang berasal dari perkataan Jepun. Rei bermaksud alam semesta dan Ki pula bermaksud tenaga. Kundalini Reiki adalah tenaga alam semesta yang digembelengkan melalui badan dan disalurkan kepada mana-mana bahagian yang mengalami masalah, diri sendiri atau orang lain sama ada secara hadir atau jarak jauh melalui tapak tangan.

Perlu diketahui, Kundalini Reiki juga bukan semata-mata atas tujuan perubatan alternatif semata, bahkan ianya juga boleh dimanfaatkan pelbagai guna selagi bertujuan positif.

Kundalini Reiki ini telah pun tersebar luas ke seantero dunia tanpa sempadan geografi, taraf hidup, profesion kerjaya, bahasa, bangsa dan agama. Bahkan di sesetengah negara ianya dijadikan sebagai ko-kurikulum sekolah atau institusi sebagai aktiviti sampingan dan utama seperti Jepun, Amerika, Denmark, United Kingdom dan lain-lain.

Manfaat bagi pengamal Kundalini Reiki adalah amat banyak, ianya berbentuk spiritual/ kerohanian atau fizikal. Ianya bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan pro aktif pengamal itu sendiri. Pengamal boleh mengembangkan penggunaannya dengan berasaskan pelajaran yang diberi.

Selain pengembangan cara guna, berlaku juga pengembangan pada disiplin ilmu asasnya. Melalui pengembangan disiplin ilmu asas inilah, lahirnya Kundalini Reiki dan nama-nama yang lain yang berasaskan Reiki.

Walaupun begitu, Kundalini Reiki dan Reiki-Reiki yang lain juga mempunyai pro dan kontranya dengan hujah-hujah yang dikemukan. InsyaAllah penulis akan kongsi sedikit masa lagi.

(Akan bersambung seterusnya, artikel ini juga akan diedit mengikut perkembangan maklumat semasa penulis)

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American,keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Saya percaya ramai dikalangan umat Islam di Malaysia pernah dengar atau mereka terlibat dalam pelaburan ASN dan ASB ini.

Bukan niat saya untuk menambah kekeliruan umat Islam masakini lebih-lebih lagi untuk melaga-lagakan pendapat fatwa yang berkaitan. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi bersama pembaca blog ini dengan apa yang saya kutip dari beberapa laman web dan blog. Mudah-mudahan kita bertindak dengan apa yang kita yakini berdasarkan maklumat bukan sekadar ikut-ikutan. Kerana setiap tindak-tanduk kita akan dipertangungjawabkan oleh Allah S.W.T. serta memberi kesan kepada kita, keluarga dan keturunan.

Saya percaya umat Islam di Malaysia terbahagi kepada beberapa golongan mengenai hukum ASN dan ASB ini.

Pertama : Golongan umat Islam yang tidak mengambil kisah langsung tentang halal atau haram sumber yang diperolehinya.

Kedua : Golongan yang meringan-ringankan hukum. Mereka akan terus berpegang sebagai halal dengan mana-mana sumber yang mengatakan ianya halal.

Ketiga : Golongan yang mengambil berat tentang hukum dan sumber hukum. Mereka ini akan meneliti, mengkaji dan menilai dari semua sudut. Mereka inilah yang paling sesuai untuk membaca tulisan ini.

Kalau diamati, hanya beberapa buah bank sahaja di Malaysia yang menjalankan ASN dan ASB ini, antara bank yang tidak menjalankannya ialah Bank Rakyat, Bank Muamalat, Bank Islam, RHB Islamic Bank, Kuwait Finance House, Asian Finance Bank, Rajhi Bank dan lain-lain lagi.

Persoalannya, apakah ASN dan ASB ini berstatus halal??? Saya bukan mufti untuk menjawab persoalan ini, tetapi sahabat-sahabat boleh lihat apa pandangan Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui alamat www.sc.com.my

Cuba sahabat perhatikan, Suruhanjaya Sekuriti tidak mengiktiraf ASN dan ASB sebagai pelaburan yang berteraskan Syariat Islam.

Untuk lebih terperinci anda juga boleh layari zaharuddin

Tepuk dada, tanya selera Iman yang tersisa di dada sahabat-sahabat. Apakah ingin teruskan atau sebaliknya. Kerana dunia sekarang maklumat yang pantas dan meluas, tiada sebab untuk kita bertaqlid buta sedang kita berupaya untuk mencari maklumat, menilai dan bertindak berdasarkan maklumat yang sahih dan diyakini.

Perayaan ini dikenali dengan Hari Kekasih, mula bertapak di negara Malaysia sekitar tahun 1980-an melalui media cetak serta elektronik sebagai penyebar utama.

Cara sambutan biasanya kekasih akan memberikan hadiah kepada pasangannya dalam bentuk bunga, coklat dan sebagainya. Tetapi perkembangan dewasa ini mungkin hadiah termahal pun boleh didapati seperti barangan, kemudahan hatta tubuh-badan sekalipun dijadikan sebagai hadiah yang istimewa buat insan yang bergelar kekasih.

Terdapat 3 pendapat asal-usul Hari Valentine’s day ini.
1. Semasa pemerintahan empayar Rom mereka menetapkan 14 feb. sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewi Rom. Hari 15 Feb. bermula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi masyarakat Rom. Nama-nama gadis akan ditulis dan dimasukkan ke dalam bekas dan akan dicabut oleh pemuda-pemuda untuk dijadikan pasangan sepanjang pesta ini berlangsung.

2. Pada 14 Feb. 270M, St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan pasangan secara sulit. Ia mengingkari perintah Raja Claudius II (268-270M) mengaharamkan setiap pertunangan dan perkahwinan kerana banyak berlaku peperangan pada waktu itu.

3. Paderi St. Valentine dari aliran katolik mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan aliran prostestan setelah kerajaan Islam Cordova berjaya ditumpaskan oleh Sepanyol, sememangnya seoarng paderi tidak boleh berkawin telah dipenjarakan sementara waktu oleh Ratu Isabella. Maka beliau menetapkan 14 Feb. adalah hari kekasihnya. (rujuk risalah “elak sambut Valentine’s Day” dikeluarkan oleh JAKIM)

Bagi penganut kristian mereka menganggap St. Valentine sebagai syahid abad ketiga dan dirayakan serta disambut pada setiap tahun terutama bagi penganut katolik.

Apa yang menariknya, dalam agama kristian hari ini terbukti bahawa agama ini telah diolah dari rupa asalnya iaitu sebagaimana yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mereka merubah dan menyelewengkan setiap ajaran asal supaya mengikut selera dan keselesaan mereka.

Buktinya, St. Valentine adalah seorang pengamal kristian hingga keperingkat paderi atau statusnya sehingga peringkat kedua tertinggi selepas Pope melakukan kesalahan besar dalam agama anutannya telah diagung-agungkan dirinya dan perbuatannya oleh setiap orang kristian sendiri. Sehingga ia menjadi suatu perayaan dan sanjungan yang disambut oleh gereja-gereja bagi memperingati jasa tokoh tersebut. Sehingga gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland mempamerkan tulang-tulang St. Valentine setiap hujung minggu dengan termaktub tulisan “Corpus St. Valentine Martyris” semenjak berabad lamanya.

Jelaslah kepada kita bahawa menyambut Valentine’s Day adalah salah-satu upacara dalam agama kristian. Justeru itu, bagi umat Islam adalah haram hukumnya menyambut Valentine’s Day dengan apa cara sekalipun. Fatwa telahpun dikeluarkan oleh pihak-pihak berwajib sama ada dalam negara atau luar negara seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang pada 22-24 Nov. 2005 memutuskan “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digakkan oleh agama Islam“.

Laman Berikutnya »